Friday, April 29, 2011

SENI BERJUANG

Alun lagu tingkah bersatu
Kulit rebana dipukul sama
Baru tahu adat melayu
Berhibur bersuka sampai ke tua

Bukan mahu lidah bertaki
Tidaklah pula meledang sasa
Terlajak perahu boleh kembali
Terlajak kata rosak binasa

Juang ku berjuang,
Lewat bait irama ini
Senang ku kan senang
Tiada perit syurga menanti

Menyusun parang diikat tenang
Galas di bahu tanda sedia
Bukannya juang di medan perang
Hanya berlagu penuh bermakna

Usah diusik tedung yang lena
Dipanah bisa maut menanti
Seruling gemersik pasti terjaga
Segala rencana khusyuk turuti

Juang ku berjuang,
Lewat bait irama ini
Senang ku kan senang
Tiada perit syurga menanti

No comments:

Post a Comment